BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, May 1, 2010

sahabat

pagi ni...kite nk berkongsi 12 sifat sahabat...

sahabat ni mcm cermin dlm diri kite..
sbb die sentiasa bersama dgn kite, sentiasa mendengar keluh resah kite...
sentiasa menjadi tempat gigitan kite...
pendek kate, semua dgn kite...
meh cek kt bwh ni...ada tak sume sifat ni dlm diri aku...
mestilah tak semua yg ada kan....
sbb aku mmg bukan kwn dan manusia yg baik....
12 SIFAT SAHABAT..
1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ianya akan melindungimu

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya ia akan membantumu sedayanya

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu kepadanya, ia menerimanya dengan baik

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan(bantuan) daripadamu, ia akan menghargainya atau menyebut kebaikanmu

6. Jika ia melihat sesuatu yg tidak baik daripadamu, maka ia akan menutupnya

7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta) ia akan menanyakan kesusahanmu

9. Jika datang satu bencana menimpa dirimu, ia akan meringgankan kesusahanmu

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu

11. Jika engkau merancang sesuatu, nescaya ia akan membantumu

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan

Marilah bersama kita cek dan semak diri kita adakah dalam persahabatan kita ada ke 12 sifat2 ini..

Semoga kita akan menjadi sahabat yang terbaik buat sahabat kita itu, semoga persahabatan kita akan sentiasa dirahmati Allah hendaknya.

0 comments: